Click the ads please.

Saturday, October 31, 2009

Islamic Factoring

PEMFAKTORAN ISLAM

Pemfaktoran adalah satu kaedah penyediaan tunai kepada peniaga. Ianya dalah satu urusniaga hutang antara tiga pihak. Dari segi sejarah, pemfaktoran bermula di Amerika Syarikat pada 1889. Manakala di Malaysia, pemfaktoran diperkenalkan pada 1981. Sehingga tahun 2004, terdapat 17 buah syarikat yang terlibat dalam pemfaktoran yang bernilai RM 7,5 billion.

Bagi menjelaskan lagi bagaimana pemfaktoran ini berjalan, sila perhatikan rentetan kaedah berikut:

1. Syarikat A: Syarikat A mengeluarkan purchase order kepada syarikat B, pelanggan kepada syarikat pemfaktoran.
2. Syarikat B membekalkan barangan kepada syarikat A secara kredit selama 3 bulan.
3. Syarikat B menjual hutang (account receivable) kepada Syarikat Faktor.
4. Syarikat Faktor mendahulukan tunai kepada syarikat B (80% daripada nilai barang).
5. Syarikat factor menghantar invois dan notis keterlibatan kepada syarikat A.
6. Syarikat A membayar secara penuh di akhir tempoh (3 Bulan kredit).
7. Syarikat Faktor membayar baki 20% kepada syarikat B, selepas menolak caj servis dan lain-lain kos.

Pemfaktoran Islam berjalan sebagaimana contoh di atas. Account receivable (dayn) adalah dikira sebagai asset. Oleh itu, ia boleh diniagakan dalam apa jua harga. Asas bagi pemfaktoran Islam adalah Bay’ al Dayn.

Dalam pemfaktoran Islam, hutang dijual dengan tujuan mendapatkan tunai pada harga yang lebih rendah. Sebagai contoh, Hutang yang bernilai 50,000 dijual pada harga 43,000. Tujuan penjualan hutang ini adalah semata-mata untuk mendapatkan tunai.

No comments:

Post a Comment